Tambadana tidak pernah melantik sebarang ejen, wakil peribadi, atau pihak ketiga untuk menawarkan promosi, mempercepatkan kelulusan pinjaman, atau melakukan pembayaran bagi pihak kami. Kami juga tidak meminta sebarang bayaran sebelum permohonan pinjaman dibuat.
Segala urusan pinjaman hanya dilakukan melalui sistem dan platform rasmi Tambadana. Kami tidak berurusan melalui WhatsApp, mesej peribadi Facebook, atau saluran tidak rasmi lain.
Nama akaun bank rasmi kami adalah atas nama syarikat Wawasan Cojaya Sdn Bhd, bukan individu. Sekiranya ada pihak menggunakan nama peribadi atau mendakwa mempunyai hubungan terus dengan Tambadana, ini adalah penipuan (scam).
Kami juga menegaskan bahawa kami tidak mengenali atau melantik individu tertentu sebagai wakil bagi pihak Tambadana.